Saturday, 3 September 2011

Nodus limfa bengkak

HODGKIN LIMFOMA... bengkak dileher.

HODGKIN LIMFOMA... bengkak dileher.
KEHADIRAN benjolan di bawah kulit, sama ada berbentuk bulat atau leper, sering menimbulkan kebimbangan, terutama wanita, apatah lagi jika ‘muncul’ di bahagian terdedah atau mudah dilihat.
Benjolan berkenaan biasanya tidak besar tetapi dapat dirasai dan timbul di bahagian organ manusia. Ia dipanggil limfoma atau penyakit kanser kelenjar. Biasanya ia tidak sakit tetapi boleh membesar jika dibiarkan.
   
Foto

  • TONSIL LIMFOMA... bengkak di dalam mulut.




    • Lebih sejuta individu menghidap limfoma di seluruh dunia. Ia juga antara penyakit paling pantas berkembang dan setiap tahun dianggarkan 350,000 kes baru didiagnosis di seluruh dunia manakala hampir 200,000 pesakit meninggal dunia disebabkan limfoma setiap tahun.

      Menurut Perunding Hermatologi Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr Goh Kim Yea, kesedaran orang ramai terhadap penyakit ini masih pada tahap mengecewakan, sedangkan limfoma boleh membawa maut.


      “Masyarakat seakan-akan tidak sedar mengenai kewujudan penyakit ini meskipun setiap 15 September diadakan World Lymphoma Awareness Day bermula pada 2004.
      “Mungkin ia tidak ‘terkenal’ seperti barah otak, hati dan payudara, menyebabkan masyarakat kurang mengambil berat mengenainya.

      “Walaupun simptom penyakit ini biasa dan tidak terlalu membimbangkan, pesakit dinasihatkan segera berjumpa doktor jika wujud kelainan pada anggota badan mereka,” katanya sewaktu ditemui, baru-baru ini.


      Apa itu limfoma?

      Limfoma merujuk kepada barah dihasilkan daripada sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali kelenjar limfa), timus, limpa, tonsil, adenoids (pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung) dan sum-sum tulang (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan. Dalam limfoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali sebagai limfositik meningkat tanpa kawalan.


      Jenis limfoma

      Ada dua jenis, bergantung kepada bentuk sel barah (malignan). Ia dikenali sebagai Hodgkin’s Lymphoma atau penyakit Hodgkin (HL) dan Non-Hodgkin Lymphoma (NHL).







    • Hodgkin’s Lymphoma, dinamakan sempena Thomas Hodgkin, pelajar dan pakar perubatan pertama menerangkan penyakit itu pada 1832. Jenis ini biasa ditemui pada kanak-kanak dewasa atau remaja. Lymphoma jenis ini didefinisikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik dipanggil sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ terbabit.







    • Non-Hodgkin’s Lymphoma. Gelaran ini digunakan terhadap semua jenis Lymphoma. Insiden Non Hodgkin Lymphoma meningkat sepanjang hayat kanak-kanak meningkat remaja. Dalam non-Hodgkin’s Lymphoma, ada peningkatan jenis limfosit yang spesifik (iaitu sejenis sel darah putih di kelenjar limfa).


      Peningkatan perebakan limfosit juga kelihatan seperti barah darah leukemia, kadangkala menyukarkan untuk mengenal pasti antara limfoma dan leukemia di kalangan kanak-kanak.

      Pada amnya, pesakit yang menghidap limfoma tidak membabitkan sum-sum tulang atau sedikit saja, manakala pesakit leukemia pula membabitkan sum-sum tulang secara menyeluruh.

      Walaupun kedua-dua jenis ini terjadi daripada sistem limfa, ia membabitkan bahagian badan berlainan, merebak secara berlainan juga bertindak terhadap rawatan secara berlainan.


      Simptom limfoma






    • Cepat letih



    • Hilang berat badan





    • Demam





    • Kesukaran untuk menelan





    • Berpeluh pada waktu malam





    • Pembengkakan nodus limfa di dalam abdomen boleh menyebabkan kembung dan ketidakselesaan yang menyekat saluran najis dan menyebabkan sembelit, loya dan muntah.





    • Pembesaran timus atau noda limfa di dada yang mengakibatkan penekanan saluran udara, menyebabkan pernafasan berbunyi, berdengkur, sesak nafas atau kesukaran bernafas.




    • Kegatalan kulit dalam kes-kes Hodgkin’s Lymphoma




    • Noda limfa yang terletak di permukaan biasanya tidak sakit, oleh itu ia terus membesar tanpa disedari.


      Bagaimana mahu mengenal pasti limfoma?

      Biasanya doktor akan bertanya sejarah kesihatan serta kesihatan ahli keluarga, ubat diambil dan sebarang alahan. Selepas itu, pemeriksaan fizikal dilakukan untuk mengesan limfoma.

      Apabila dikesan mempunyai nodus limfa yang membengkak tanpa sebab, doktor akan memeriksa nodus tersebut secara teliti untuk mengetahui sama ada ia akan terus membesar atau tidak.

      Doktor juga akan memberi ubat antibiotik kerana pembesaran mungkin disebabkan jangkitan bakteria. Jika nodus limfa terus membesar, langkah seterusnya adalah melakukan biopsi membabitkan pengambilan sedikit tisu atau keseluruhan nodus limfa berkenaan.


      Rawatan

      Bergantung kepada tahap barah berkenaan. Menentukan tahap barah adalah cara mengkategorikan atau mengklasifikasikan pesakit mengikut tahap sewaktu didiagnosis.

      Ada empat tahap limfoma, iaitu tahap pertama (barah cuma membabitkan satu bahagian nodus limfa atau satu organ di luar nodus limfa) hingga tahap empat (barah yang merebak, hingga ke satu atau lebih tisu atau organ di luar sistem limfatik).

      Tahap pengesahan dapat membantu pakar perubatan menentukan rawatan dan mengenal pasti pesakit limfoma akan bertahan dalam jangka masa panjang. Kemoterapi (pengubatan bertahap tinggi untuk membunuh sel barah) adalah rawatan utama digunakan.

      Ia rawatan yang sangat penting untuk penyakit non-Hodgkins Lymphoma yang biasanya membabitkan penggunaan kombinasi beberapa jenis ubatan dan rawatan yang mengambil masa beberapa bulan.

      Hodgkin’s Lymphoma pula dirawat dengan kemoterapi. Kadangkala radioterapi (penggunaan cahaya berkuasa tinggi untuk mengecutkan tumor/barah dan menyekat sel barah daripada merebak) hanya digunakan dalam situasi tertentu.













    • Monday, 15 August 2011

      Get This from CyArena.com
      Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya kepada semua pensyarah UUM PPG Kohort 1, kakitangan dan juga teman-teman seperjuangan...Semoga Ramadhan dan Idil Fitri yang bakal menjelma memberi makna yang mendalam kepada kita semua...Maaf , Zahir dan Batin


      Send to Friends email
      Get This from CyArena.com

      Send to Friends email

      Tuesday, 12 July 2011

      PUSAT SUMBER LUKMANUL HAKIMI


      Disember 2010 dalam mesyuarat guru kali ke 1 aku dikejutkan dengan berita menerima jawatan baru sebagai Guru Perpustakaan dan Media menggantikan sahabatku yang bertukar sekolah. Aku rela menerima jawatan itu walaupun sayang kepada Bilik Sains yang ku huni sebelum ini. Ada yang bertanyakan mengapa aku berani menerima jawatan ini kerana banyak tugasan yang harus digalas….lebih-lebih lagi dengan mengajar Tahun 6… Memang aku tiada pengalaman langsung berkaitan PSS namun kekuatan aku adalah terletak pada hati…kalau hatiku berkata aku boleh buat, aku akan bertekad membuatnya….Kebetulan aku amat meminati buku dan amat sayang kepada buku-buku…lalu aku memulakan kerja-kerja penjenamaan semula PSS dan menamakannya dengan Pusat Sumber Lukmanul Hakimi dan kini ia sedang bertatih meniti kearah kecemerlangan….Insyaallah…

      Kerja-kerja baikpulih Pusat Sumber Lukmanul Hakimi (Sekolah Kebangsaan Langkasuka,Yan)
      alamak!! nak buat macamana nie...
      biaq p selerak...
      nasib baik pengawas ni rajin2..










      rajin la depa nie bantu kami...

      kidmat bantu PKG Yan.....mcm bersamamu.TV3




      nak hantar muzium mana nie...



















                                                   Pusat Sumber Lukmanul Hakimi terkini….





      rama-rama dah hinggap.....

      dah pakai skirt..tentu la comel..





      banyaknya cup cake...
      haa....kan dah dpt baca dgn selesa...
      anak sapa la yg susun nie....
      rajin tak kami....he...he...

      Friday, 8 July 2011

      SINOPSIS - Keberkesanan Aplikasi Teknologi Komputer Dalam Aktiviti Penghasilan Pendidikan Seni

                                Penggunaan alat konvensional ini seharusnya dipelbagaikan dengan penambahan medium / bahantara mengikut keperluan semasa. Ia tidak seharusnya bergantung kepada peralatan tradisional sahaja. Disinilah letaknya kepentingan aplikasi komputer grafik sebagai medium tersebut walaupun komputer grafik ada dinyatakan sebagai teknik dan media dalam kandungan huraian sukatan pelajaran tetapi tidak diaplikasikan dalam.......

      Wednesday, 6 July 2011

      TAZKIRAH

      thumb_cahaya.jpegMarilah kita melatih diri kita menjadi pengamal Islam  sebenar. Adakah kita telah terdidik dan  mempraktikkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Mari kita semak dari senarai di bawah, apakah diri kita telah terdidik dengan kehidupan dan sifat orang Islam sebenar?

      1.  Jika anda mendirikan solat, maka anda amat khusyuk. Fikiran penuh tertumpu pada Allah, tidak mengingati  perkara keduniaan.

      2.  Jika anda mendengar kesusahan orang, baik sakit atau masalah hidup, maka anda begitu terbuka untuk membantu.

      3.  Dipenghujung hari, sebelum tidur anda selalu mengingati kembali berapa banyak dosa dilakukan pada hari tersebut lantas anda bertaubat sebelum tidur.

      4.  Anda selalu mengingati  hari kematian yang akan tiba, dengan itu sentiasalah anda berfikir dan mencari-cari jalan untuk melakukan amalan baik.

      5.  Anda selalu menghitung rezeki yang Allah berikan dan menghitung sebanyak mana pula telah dikembalikan ke jalan Allah.

      6.  Anda mengingati kembali orang-orang yang pernah anda lakukan dosa dan kejahatan kepada mereka baik secara umpatan dan kata nista, bahkan juga dengan tangan serta perbuatan lain yang menyakiti mereka. Lantas anda memohon maaf kepada mereka atau kaum keluarganya jika ia telah meninggal.

      7.  Anda merasa tenang menghadapi kesakitan dan kesusahan yang ditimpakan kepada anda atau kaum keluarga anda kerana anda sedar inilah kifarat Allah kepada perbuatan anda atau ujian Allah .

      8.  Anda dapat bersabar dan rasa insaf bila apa yang anda inginkan tidak tercapai. Anda merasa sedar akan kelemahan diri dan menggantungkan seluruh hidup ini atas pemberian Allah.

      9.  Anda sentiasa reda dan bersabar dengan rezeki yang Allah berikan walaupun dirasakan tidak mencukupi.

      10. Anda bersyukur bila menerima rezeki dari Allah dan berazam untuk membelanjakannya kerana Allah.

      11.Jika anda miskin atau tidak mencukupi dalam belanja harian, anda tetap bersyukur, bahkan merasa senang kerana tidak perlu bersusah payah mentadbir harta yang banyak atau berbimbang kerananya.

      12.Anda merasa senang hati atau bersabar meskipun ada orang yang mencaci anda di belakang anda bahkan anda mendoakan agar orang tersebut diberikan keinsafan dan kesejahteraan.

      13.Anda turut gembira jika orang lain diberikan kesenangan oleh Allah dan sedikit pun tidak timbul rasa iri hati.

      14.Anda akan merasa tenang dan bersabar jika harta anda hilang atau musnah kerana anda merasakan itu adalah kehendak Allah setelah anda berusaha menjaganya. Anda tidak berburuk sangka kepada Allah sebaliknya reda dengan apa yang berlaku.

      15.Anda akan sentiasa berserah kepada Allah atas apa yang berlaku. Anda akan terus berusaha dan berikhtiar sambil menilai diri, menadah tangan memohon keampunan dosa, tidak berputus harap dan sentiasa merasakan kerdilnya diri ini di sisi Allah.

      Berapakah ciri yang disebut di atas, anda miliki atau anda amalkan? Kenapa tidak semua diamalkan sedangkan kesemuanya adalah amalan baik?

      Berazamlah untuk melakukannya!!!



      PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DI SK LANGKASUKA

      BUAT-BUAT RAJIN LA TU.....
      NI MODEL SKL KE NI.......

      PANAS  KE....