RESEPI

Resepi Masakan Ayam - Rendang Ayam Kedah

                   

Bahan-bahan


1 ekor ayam-dipotong2

santan dari 2 biji kelapa-akak guna 1 cawan santan pekat campur dgn 1/2 cawan air

1 cawan kerisik

2 helai daun kunyit

3 helai daun limau purut

2 sudu besar gula merah

garam dan serbuk perasa (jika suka)

2 sudu besar minyak sapi-tukar ke minyak sayuran

Bahan Kisar :

10 biji bawang merah

10 cm lengkuas

5 cm halia

3 cm kunyit hidup

5 batang serai

100 gm cili kering



Cara-cara




Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.

Masukkan ayam, biar hingga airnya kering sedikit. Tuangkan santan bersama daun limau purut dan daun kunyit.

Bila sudah empuk, masukkan kerisik, garam dan gula merah. Masaklah hingga pekat. Sedia untuk di hidang.
KEK CAWAN VANILLA



Bahan-bahan ( 35 biji )
150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla


Untuk ising:


100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara

1.  Pukul butter dan gula hingga kembang

2.  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla

3.  Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati

4.  Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga
    3/4 penuh  
    
 

5.  Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C

6.  Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan
     esen dan
air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim

7.  Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum
    diletakkan 
ising. Kemudian boleh tabut manik atau choc rice.

Resepi Mee - Bihun Goreng Lada Hitam

             

Bahan-bahan (untuk 1 Family makan)



1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu )


* 1 biji bawang besar


* 4 ulas bawang putih


* 3-4 sudu besar udang kering ( direndam terlebih dahulu )


Bahan bertanda ( * ) dikisar bersama 1 cawan udang


2 keping tauhu - dipotong dadu ( kecil )


1 paket fish ball dibelah dua


1 1/2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk halus ) nk guna serbuk  lada hitam pun bole dan pedas ikut suka


3 sudu makan sos tiram


Secekak daun kucai - dipotong 2 inci


2 genggam taugeh


1 batang lobah merah- di hiris memanjang


Garam, gula dan bahan perasa secukup rasa


Minyak untuk memasak


Cara-cara

Panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan

Masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu

Masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit

Masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar

Masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak

Masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap

Akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati

Resepi Ikan - Ikan Bakar Air Asam
                          

 Bahan-bahan



1 ekor ikan

1/2 biji tomato


1 sudu besar asam jawa


2 biji cili padi- kalau nak lagi pedas boleh tambah


1/4 biji bawang besar


2 tangkai daun kesum


garam

gula


Cara-cara

Bersih ikan. Letakkan sedikit garam dan bakar .

[ Persediaan untuk air asam ]

Potong dadu tomato,mayang bawang besar dan juga daun kesum. Potong cili padi.

Masukkan air masak ke dalam asam jawa. Tapis untuk ambil airnya.

Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam air asam jawa.

Tambahkan garam dan gula secukup rasa

Resepi Daging - Masak Lemak Cili Api Daging Salai Dengan Rebung

                 

Bahan-bahan

15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi

500 gram daging salai

100 gram rebung masam-akak beli RM2.00(basuh dan toskan)

600ml santan cair

400ml santan pekat

2 batang serai di titik

1 inci kunyit hidup

1 inci halia

2 helai daun kunyit-disiat

sedikit serbuk kunyit

garam ikut keperluan


Cara-cara

Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.

Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai dan rebung.

Masukkan santan cair dan hidupkan api yang sederhana.

Sentiasa kacau supaya tak pecah santan....bila menggelegak masukkan pula santan pekat.

Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit. Tunggu sehingga 10-15 minit.

Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.

Udang Masak Serai Wangi (Resepi Ramadhan)

Written by فيصل on 11:48 AM Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
  1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
  2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
  3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
  4. Masukkan pati santan dan udang.
  5. Masak hingga naik bau.