Sunday, 6 May 2012

Selamat Hari Ibu Dengarkan lah lagu Laguku ini Ikhlas dari hati... Hanyalah untuk mu Akulah anak mu Anak mu yang selalu Memelukmu... Menciummu... [Chorus:] Memang banyak dosa yang telah ku lakukan Menyakiti dikau ku mohon maafkan Selamat Hari Ibu... Ku ucap kepada mu... Walauku jauh disini Ku harap kau terus menanti kepulanganku Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti Aku janji... Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur Punyai pari-pari iaitu kamu Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia Ingin ku nyatakan engkau milik syurga [Chorus:] Memang banyak dosa yang telah ku lakukan Menyakiti dikau ku mohon maafkan Selamat Hari Ibu... Ku ucap kepada mu... Walauku jauh disini Ku harap kau terus menanti kepulanganku Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti Aku janji... Selamat Hari Ibu... Ku ucap kepada mu... Walauku jauh disini Ku harap kau terus menanti kepulanganku Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti Aku janji...

Sunday, 16 October 2011

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK
MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya dengan melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya. Selaku hamba Allah yang beriman, maka kita wajiblah bersyukur di atas anugerah tersebut kerana tanpanya kita tidak mungkin dapat hidup bahagia di dunia ini.

Di antara anugerah Allah yang amat berharga kepada kita ialah anak. Anak merupakan kurnia dan nikmat yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala kepada kita di mana kita diamanahkan untuk menjaga dan memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At- Tahriim ayat 6 yang tafsirnya :
"Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala, Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan".
Dari ayat tersebut, jelas kepada kita bahawa adalah menjadi tanggungjawab kita para ibubapa memelihara dan mendidik keluarga khasnya anak-anak kita supaya menjadi anak yang salih dan berguna dengan jalan memberikannya pendidikan yang sempurna.

Pendidikan yang sempurna amat mustahak diberikan kepada anak-anak dan kerana kepentingannya itulah agama Islam telah menganjurkan umatnya supaya menerapkan ilmu ugama kepada anak-anak sejak mereka dalam kandungan di mana ibu-ibu yang mengandung digalakkan untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagai didikan rohani kepada anak-anak dalam kandungan itu. Setelah dilahirkan pula, sunat diazankan pada telinga kanan dan diiqamatkan pada telinga kiri anak-anak tersebut dan sunat juga dibacakan Surah Al Ikhlas pada telinga anak tersebut supaya kalimah yang mula-mula didengar oleh mereka setelah lahir ke dunia ini adalah kalimah tauhid. Di samping itu akhlak yang mulia juga hendaklah disemai ke jiwa anak-anak sedari mereka masih kecil lagi, ikutlah kata-kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Ketahuilah, sesungguhnya jika jiwa anak-anak itu telah dididik dan tersemai dengan ajaran ugama Islam yang kuat, Insya-Allah mereka akan menjadi orang yang beriman, cinta pada Allah dan Rasul-Nya, menjadi anak yang salih, berbakti kepada agama, ibu bapa, masyarakat, raja dan negara serta mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

Itulah hasrat setiap ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Oleh itu adalah amat penting supaya ibu bapa sentiasa mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka tanpa membiarkannya. Jika terdapat tingkah laku dan kelakuan yang tidak wajar apatah lagi jika bertentangan dengan lunas-lunas ugama Islam, maka perbaiki dan perbetulkanlah dari awal-awal dan jangan menunggu sehingga masalah itu menjadi besar dan berat serta sukar untuk ditangani.

Oleh itu jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka leka dan lalai dalam mentaati perintah Allah seperti tidak bersembahyang, tidak menutup aurat, tidak menghormati orang tua dan sebagainya atau anak-anak itu membuat perkara yang dilarang oleh agama seperti apa yang kita lihat pada masa kini yang mana terdapat sebilangan remaja dan belia yang mewarnakan rambut mereka, terlibat dengan perhubungan sosial yang terlalu bebas, berpakaian yang mendedahkan aurat mereka, terlibat dengan gejala dadah dan sebagainya, maka ibu bapa adalah bertanggungjawab dan tidak sepatutnya membiarkannya sebaliknya wajib menegurnya, melarang, mencegah, menasihati dan mendidik anak-anak mereka. Islam telah mengajarkan kita bahawa tanggungjawab menegur sebenarnya bukan hanya tehad kepada ibu bapa, tetapi juga kepada keluarga, guru, jiran, sahabat dan saudara seagama, yang sama-sama bertanggungjawab untuk menegur mana-mana perbuatan yang tidak elok dan tidak baik. Perkara amar makruf nahi mungkar adalah merupakan kewajipan seluruh umat Islam yang sepatutnya diamalkan.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengingatkan dalam hadis Baginda yang maksudnya :
"Dari Abi Said Al-Khudri Radiallahuanhu katanya : Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemunkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya ia tiada juga berkuasa maka hendaklah ia (mengubahnya dengan hatinya) yang demikian itu (mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemah iman".(Riwayat Al-Imam Muslim).
Dalam usaha ibu bapa untuk mencapai kejayaan dalam mendidik anak-anak supaya mereka taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, ibu bapalah yang seharusnya terlebih dahulu menjadi pelopor dan contoh kepada mereka kerana merekalah 'role model' kepada anak-anak mereka. Jika ibu bapa baik, insya-Allah anak-anak mereka juga akan mengikut jejak langkah mereka yang baik itu dan jika ibu bapa melakukan perkara yang salah, maka anak mereka juga berkemungkinan akan melakukan sama perkara yang salah itu kerana mereka sudah terbiasa melihat perbuatan tersebut, jangan ikut perumpamaan seperti 'ketam mengajar anaknya berjalan betul'.

Pada hakikatnya ibu bapa sememangnya amat sayang kepada anak-anak mereka, maka kerana itulah mereka berusaha memenuhi tanggungjawab dengan menyediakan segala keperluan anak-anak seperti memberi pendidikan, kasih sayang dan keperluan harian yang secukupnya serta sentiasa memberikan nasihat dan teguran yang berguna. Jangan biarkan mereka bergaul tanpa perhatian kerana adalah tidak mustahil berkemungkinan mereka akan mudah terpengaruh untuk berbuat salah misalnya melanggar peraturan sekolah seperti merokok, ponteng sekolah, terlibat dalam perkelahian dan sebagainya. Dan lebih buruk lagi jika mereka melakukan perkara yang melanggar perintah Allah Subhanahu Wataala seperti mencuri, berjudi, memakan dadah dan sebagainya.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak, baik dari segi emosi, mental mahupun fizikal. Kita hendaklah berusaha membawa anak-anak dan keluarga kita mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala seperti mengajak mereka mengerjakan sembahyang berjemaah, membaca Al-Quran bersama-sama baik di rumah mahupun di masjid. Jika amalan sedemikian dapat dilaksanakan, insya-Allah nikmat kebahagiaan akan dapat dinikmati dan dikecapi. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga anak, isteri serta keluarga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah Subhanahu Wataala dan selamat di dunia dan di akhirat.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa' ayat 23 yang tafsirnya :

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan yang kasar sekalipun perkataan �ah� dan janganlah engkau menengking, menyergah kepada mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun".

Saturday, 3 September 2011

Nodus limfa bengkak

HODGKIN LIMFOMA... bengkak dileher.

HODGKIN LIMFOMA... bengkak dileher.
KEHADIRAN benjolan di bawah kulit, sama ada berbentuk bulat atau leper, sering menimbulkan kebimbangan, terutama wanita, apatah lagi jika ‘muncul’ di bahagian terdedah atau mudah dilihat.
Benjolan berkenaan biasanya tidak besar tetapi dapat dirasai dan timbul di bahagian organ manusia. Ia dipanggil limfoma atau penyakit kanser kelenjar. Biasanya ia tidak sakit tetapi boleh membesar jika dibiarkan.
   
Foto

  • TONSIL LIMFOMA... bengkak di dalam mulut.




    • Lebih sejuta individu menghidap limfoma di seluruh dunia. Ia juga antara penyakit paling pantas berkembang dan setiap tahun dianggarkan 350,000 kes baru didiagnosis di seluruh dunia manakala hampir 200,000 pesakit meninggal dunia disebabkan limfoma setiap tahun.

      Menurut Perunding Hermatologi Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr Goh Kim Yea, kesedaran orang ramai terhadap penyakit ini masih pada tahap mengecewakan, sedangkan limfoma boleh membawa maut.


      “Masyarakat seakan-akan tidak sedar mengenai kewujudan penyakit ini meskipun setiap 15 September diadakan World Lymphoma Awareness Day bermula pada 2004.
      “Mungkin ia tidak ‘terkenal’ seperti barah otak, hati dan payudara, menyebabkan masyarakat kurang mengambil berat mengenainya.

      “Walaupun simptom penyakit ini biasa dan tidak terlalu membimbangkan, pesakit dinasihatkan segera berjumpa doktor jika wujud kelainan pada anggota badan mereka,” katanya sewaktu ditemui, baru-baru ini.


      Apa itu limfoma?

      Limfoma merujuk kepada barah dihasilkan daripada sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali kelenjar limfa), timus, limpa, tonsil, adenoids (pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung) dan sum-sum tulang (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan. Dalam limfoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali sebagai limfositik meningkat tanpa kawalan.


      Jenis limfoma

      Ada dua jenis, bergantung kepada bentuk sel barah (malignan). Ia dikenali sebagai Hodgkin’s Lymphoma atau penyakit Hodgkin (HL) dan Non-Hodgkin Lymphoma (NHL).







    • Hodgkin’s Lymphoma, dinamakan sempena Thomas Hodgkin, pelajar dan pakar perubatan pertama menerangkan penyakit itu pada 1832. Jenis ini biasa ditemui pada kanak-kanak dewasa atau remaja. Lymphoma jenis ini didefinisikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik dipanggil sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ terbabit.







    • Non-Hodgkin’s Lymphoma. Gelaran ini digunakan terhadap semua jenis Lymphoma. Insiden Non Hodgkin Lymphoma meningkat sepanjang hayat kanak-kanak meningkat remaja. Dalam non-Hodgkin’s Lymphoma, ada peningkatan jenis limfosit yang spesifik (iaitu sejenis sel darah putih di kelenjar limfa).


      Peningkatan perebakan limfosit juga kelihatan seperti barah darah leukemia, kadangkala menyukarkan untuk mengenal pasti antara limfoma dan leukemia di kalangan kanak-kanak.

      Pada amnya, pesakit yang menghidap limfoma tidak membabitkan sum-sum tulang atau sedikit saja, manakala pesakit leukemia pula membabitkan sum-sum tulang secara menyeluruh.

      Walaupun kedua-dua jenis ini terjadi daripada sistem limfa, ia membabitkan bahagian badan berlainan, merebak secara berlainan juga bertindak terhadap rawatan secara berlainan.


      Simptom limfoma






    • Cepat letih



    • Hilang berat badan





    • Demam





    • Kesukaran untuk menelan





    • Berpeluh pada waktu malam





    • Pembengkakan nodus limfa di dalam abdomen boleh menyebabkan kembung dan ketidakselesaan yang menyekat saluran najis dan menyebabkan sembelit, loya dan muntah.





    • Pembesaran timus atau noda limfa di dada yang mengakibatkan penekanan saluran udara, menyebabkan pernafasan berbunyi, berdengkur, sesak nafas atau kesukaran bernafas.




    • Kegatalan kulit dalam kes-kes Hodgkin’s Lymphoma




    • Noda limfa yang terletak di permukaan biasanya tidak sakit, oleh itu ia terus membesar tanpa disedari.


      Bagaimana mahu mengenal pasti limfoma?

      Biasanya doktor akan bertanya sejarah kesihatan serta kesihatan ahli keluarga, ubat diambil dan sebarang alahan. Selepas itu, pemeriksaan fizikal dilakukan untuk mengesan limfoma.

      Apabila dikesan mempunyai nodus limfa yang membengkak tanpa sebab, doktor akan memeriksa nodus tersebut secara teliti untuk mengetahui sama ada ia akan terus membesar atau tidak.

      Doktor juga akan memberi ubat antibiotik kerana pembesaran mungkin disebabkan jangkitan bakteria. Jika nodus limfa terus membesar, langkah seterusnya adalah melakukan biopsi membabitkan pengambilan sedikit tisu atau keseluruhan nodus limfa berkenaan.


      Rawatan

      Bergantung kepada tahap barah berkenaan. Menentukan tahap barah adalah cara mengkategorikan atau mengklasifikasikan pesakit mengikut tahap sewaktu didiagnosis.

      Ada empat tahap limfoma, iaitu tahap pertama (barah cuma membabitkan satu bahagian nodus limfa atau satu organ di luar nodus limfa) hingga tahap empat (barah yang merebak, hingga ke satu atau lebih tisu atau organ di luar sistem limfatik).

      Tahap pengesahan dapat membantu pakar perubatan menentukan rawatan dan mengenal pasti pesakit limfoma akan bertahan dalam jangka masa panjang. Kemoterapi (pengubatan bertahap tinggi untuk membunuh sel barah) adalah rawatan utama digunakan.

      Ia rawatan yang sangat penting untuk penyakit non-Hodgkins Lymphoma yang biasanya membabitkan penggunaan kombinasi beberapa jenis ubatan dan rawatan yang mengambil masa beberapa bulan.

      Hodgkin’s Lymphoma pula dirawat dengan kemoterapi. Kadangkala radioterapi (penggunaan cahaya berkuasa tinggi untuk mengecutkan tumor/barah dan menyekat sel barah daripada merebak) hanya digunakan dalam situasi tertentu.













    • Monday, 15 August 2011

      Get This from CyArena.com
      Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya kepada semua pensyarah UUM PPG Kohort 1, kakitangan dan juga teman-teman seperjuangan...Semoga Ramadhan dan Idil Fitri yang bakal menjelma memberi makna yang mendalam kepada kita semua...Maaf , Zahir dan Batin


      Send to Friends email
      Get This from CyArena.com

      Send to Friends email

      Tuesday, 12 July 2011

      PUSAT SUMBER LUKMANUL HAKIMI


      Disember 2010 dalam mesyuarat guru kali ke 1 aku dikejutkan dengan berita menerima jawatan baru sebagai Guru Perpustakaan dan Media menggantikan sahabatku yang bertukar sekolah. Aku rela menerima jawatan itu walaupun sayang kepada Bilik Sains yang ku huni sebelum ini. Ada yang bertanyakan mengapa aku berani menerima jawatan ini kerana banyak tugasan yang harus digalas….lebih-lebih lagi dengan mengajar Tahun 6… Memang aku tiada pengalaman langsung berkaitan PSS namun kekuatan aku adalah terletak pada hati…kalau hatiku berkata aku boleh buat, aku akan bertekad membuatnya….Kebetulan aku amat meminati buku dan amat sayang kepada buku-buku…lalu aku memulakan kerja-kerja penjenamaan semula PSS dan menamakannya dengan Pusat Sumber Lukmanul Hakimi dan kini ia sedang bertatih meniti kearah kecemerlangan….Insyaallah…

      Kerja-kerja baikpulih Pusat Sumber Lukmanul Hakimi (Sekolah Kebangsaan Langkasuka,Yan)
      alamak!! nak buat macamana nie...
      biaq p selerak...
      nasib baik pengawas ni rajin2..










      rajin la depa nie bantu kami...

      kidmat bantu PKG Yan.....mcm bersamamu.TV3




      nak hantar muzium mana nie...



















                                                   Pusat Sumber Lukmanul Hakimi terkini….





      rama-rama dah hinggap.....

      dah pakai skirt..tentu la comel..





      banyaknya cup cake...
      haa....kan dah dpt baca dgn selesa...
      anak sapa la yg susun nie....
      rajin tak kami....he...he...

      Friday, 8 July 2011

      SINOPSIS - Keberkesanan Aplikasi Teknologi Komputer Dalam Aktiviti Penghasilan Pendidikan Seni

                                Penggunaan alat konvensional ini seharusnya dipelbagaikan dengan penambahan medium / bahantara mengikut keperluan semasa. Ia tidak seharusnya bergantung kepada peralatan tradisional sahaja. Disinilah letaknya kepentingan aplikasi komputer grafik sebagai medium tersebut walaupun komputer grafik ada dinyatakan sebagai teknik dan media dalam kandungan huraian sukatan pelajaran tetapi tidak diaplikasikan dalam.......